Ana wat pembaikian daripada entri ana sebelum ini..so, terimalah..
Senja Musafir Kota
Langkah lesu musafir senja
Meniti lorong pinggiran kota
Sesekali terhuyung hayang
Melewati denai-denai kesesakan manusia
"Mabuk"..
Sinis sang penyapa
Terjahan ikut rasa
Tanpa usul periksa
Dibiarkan tempelakan mereka
Kerana dia adalah luar biasa
Punya keluarga dan anak
Ya....ramai tak terkira
Harta melimpah ruah
Kereta pelbagai warna
Baju berjenama
Makanan mewah
Perhiasan indah
Namun,
Hadiah tidak terjangka dari mereka
Meninggalkan ia sebatang kara
Dek kerana himpunan dunia ternoda
Mudah sahaja dilupakan segala penat lelah
Yang dihamburkan untuk keluarga,sahabat tercinta
Ditempelak jauh
Ke dunia yang tidak dikenali
Tidak mampu ia berkata-kata
Adakah ini sudah menjadi nasibnya?
Bibirnya tidak lekang
Membutir kira-kira
Membilang rumus Algebra lagaknya
Menghitung andai esok ada untuknya
Mengharap simpati mereka yang mengenali
Agar dibawa kembali
Melalui detik-detik bahagia bersama
~Asma' Wardah~
(Telah dibacakan oleh Dj Fairuz di IKIM.FM pada 8 Jun 2009,jam 11.25 p.m.)
Tuesday, May 19, 2009
Senja Musafir Kota
Posted by nama2bunga at 1:28 PM
Labels: Bicara Hati Sang Penulis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment