CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

LINTASAN LAHZATAN

KepadaNya Aku Kembali

Zikrullah


Mari berzikir bersama-sama mengikut alunannya..

Semoga kalimah ALLAH bisa menggegarkan dan memusnahkan keegoan dan kekerasan hati ini.
BACAlah setiap kalimah demi kalimah agar mata turut menjadi saksi zikir ini.




الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله



Friday, July 31, 2009

اعترافات ابليس للرسول صلى الله وسلم -1


Bismillah al-Rahman al-Rahim..


"`Itirafaat Iblis Li al-Rasul S.A.W."
(dihimpun oleh Imam Muhyiddin bin `Arabi r.a.)


Kitab ini telah disyarahkan oleh Syeikhuna Rohimuddin al-Nawawi secara talaqi dan khatam pada hari Isnin, 27hb Julai 2009, 11.00mlm - 1.30pagi, Precint 9, Putarajaya

Berikut adalah terjemahan daripada petikan kitab tersebut :
(Hadith 1 daripada Mu`az bin Jabal r.a. daripada Ibn `Abbas r.a. - SIRI PERTAMA)

Sedang Rasululluh S.A.W. berkumpul bersama sahabat, datanglah iblis yang menyerupai seorang tua yang buta berparut, janggutnya hanya mempunyai 7 helai rambut seperti rambut kuda, matanya terpelosok ke dalam, kepalanya seperti kepala gajah, taringnya terkeluar seperti taring khinzir dan bibirnya seperti kerbau.

Antara persoalan yang ditanyakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada iblis adalah:-

Rasululluh S.A.W. : Siapakah yang kamu paling benci?
Iblis : Kamu ya Muhammad, aku paling bencimu dan orang yang seperti mu

Rasululluh S.A.W. : Apa yang kamu benci lagi?
Iblis : Pemuda yang bertaqwa yang menyerahkan dirinya kepada Allah Ta`ala

Rasululluh S.A.W. : Kemudian siapa lagi?
Iblis : Orang `alim yang warak

Rasululluh S.A.W. : Kemudian siapa lagi?
Iblis : Orang yang sentiasa bersuci tiga kali

Rasululluh S.A.W. : Kemudian siapa lagi?
Iblis : Orang faqir yang sangat sabar. Ia tidak memberitahu akan kefaqirannya kepada sesiapa dan tidak mengeluh kesusahannya

Rasululluh S.A.W. : Bagaimanakah kamu tahu bahawa ia (orang faqir) adalah
seorang yang sabar?
Iblis : Jika ia mengadu kesusahannya kepada orang lain selama tiga hari, maka ia tidak dikira Allah sebagai amalan orang-orang yang bersabar

Rasululluh S.A.W. : Kemudian siapa lagi?
Iblis : Orang kaya yang bersyukur

Rasululluh S.A.W. : Bagaimana kamu tahu bahawa ia adalah seorang yang
bersyukur?
Iblis : Jika ia mencari harta yang halal dan meletakkan pada tempatnya


bersambung.....insyaAllah

Rujukan bagi teks penuh:

عن معاذ بن جبل رضى الله تعالى عنه عن ابن عباس رضى الله تعالى عنه قال كنا مع رسول الله(ص) فى بيت رجل من الانصار فى جماعة فنادى مناد:

• يا أهل المنزل أتازنون لى بالدخول ولكم إلى حاجة :
• قال رسول الله(ص) أتعلمون من المنادى
• فقالوا :الله ورسوله أعلم
• قال رسول الله(ص) هذا إبليس اللعين لعنه الله تعالى
• فقال عمرو بن الخطاب( رضى الله تعالى عنه) :
• أتازن لى يا رسول الله ان اقتله ؟
• فقال النبى (ص) مهلاً يا عمر أما علمت أنه من المنظرين إلى يوم الوقت المعلوم ؟
• ولكن افتحوا له الباب فانه مامور فافهموا عنه ما يقول واسمعوا منه ما يحدثكم قال ابن عباس( رضى عنهما) ففتح له الباب فدخل علينا فاذا هو شبح اعور وفى لحيته سبع شعرات كشعر الفرس وعيناه مشقوقتان بالطول ورأسه كراس الفيل الكبير وانيابه خارجة كا انياب الخنزير وشفتاه كشفة الثور ..

• فقال : السلام عليك يا محمد السلام عليكم ياجماعة المسلمين .
• فقال : النبى (ص) السلام لله يالعين قد سمعت حاجتك ماهى .

• فقال : له إبليس: يامحمد ما جئتك اختيارا ولكن جئتك اضطرارا.
• فقال : النبى (ص) وما الذى اضطرك يالعين .

• فقال : إبليس :اتانى ملك من عند رب العزة
• فقال : ان الله تعالى يا مرك ان تاتى لمحمد(ص) وانت صاغر ذليل متواضع وتخبره كيف مكرك ببنى ادم وكيف إغواوك لهم وتصدقه فى اى شى يسالك عنه فوعزتىوجلالى لئن كذبته بكذبة واحدة ولم تصدقةل لاجعلتك رمادا تذروه الرياح ولاشمت الاعداء بك وقد جئتك يامحمد كما إمُرت فاسال عما شئت فان لم أصدقك فيما سالتنى عنه شمتت بى الاعداء وما من شى اصعب من شماتة الاعداء .

• فقال : رسول الله(ص) اذا كنت صادقا فااخبرنى من ابغض الناس اليك .
• فقال : أنت يامحمد ابغض خلق الله إلى ومن هوعلى مثلك .

• فقال : النبى(ص) ماذا تبغض أيضا ؟
• فقال : شاب تقى وهب نفسه لله تعالى .

• قال : ثم من .
قال : عالم ورع (عرفت أنه صبور) .

• قال : ثم من .
قال : من يدوم على طهارة ثلاثة .

• قال : ثم من .
قال : فقير صبور اذا لم يصف فقرةلاحد لم يشك ضره .

• قال : ومايدريك انه صبور ؟
• قال : يامحمد إذا شكا ضره لمخلوق مثله ثلاثة ايام لم يكتب الله له عمل الصبرين .

• قال : ثم من .
قال : غنى شاكر .

• فقال : النبى (ص) وما يدريك أنه شكور ؟
• قال : اذا رايته ياخذ من حله ويضعه فى محله


Tuesday, July 28, 2009

Pembahagian Cinta


Tajuk ini dibangkitkan, bukannya sebagai ikut-ikutan remaja-remaja sekarang yang lebih sukakan untuk memaparkan topik-topik meletup berkenaan cinta.

Macam-macam tajuk yang ditelaahkan oleh para penulis sehingga menarik perhatian lain utk membacanya lebih lanjut. Sudah tentu pada fikiran awal si pembaca menyangka bahawa penulis terbabit akan menceritakan berkenaan pasangan cintanya. Mana tidaknya, pelbagai tajuk yang diutarakan adalah lebih pada kiasan semata-mata...atau lebih tepat sebagai strategi untuk orang lain membacanya lanjut dan sebagai tarikan semata-mata.. Setuju?.

So, sahabat-sahabat, tajuk ini secara sorohah nya lagi jelas dan nyata...yang tidak berbelit atau berkias...Ia sebagai pemahaman kepada erti Cinta.


Alhamdulillah, penulis diberi keizinan-Nya berada dalam Talk-show bersama Syeikhuna Rohimuddin al-Nawawi di Surau Universiti Multimedia, Cyberjaya jam 9 malam, 27hb Julai 2009. Terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan dan difahami daripada majlis berkenaan. Penulis mengambil ruang ini agar dapat berkongsi ilmu serta dapat dihayati bersama. Segala huraian ini dicernakan secara bebas mengikut kefahaman, pengalaman dan pengamatan penulis.

Syeikhuna telah menyebut perihal CINTA DAN KEHIDUPAN. Terdapat 4 pembahagian utama sebagaimana yang disebut oleh syeikhuna iaitu:



(i) Cinta kepada Diri Sendiri
Cinta ini mula terjadi seawal bayi sehinggalah ia berumur 6 tahun. Ini adalah kerana, kanak-kanak terbabit akan merasakan bahawa semuanya adalah miliknya. Segala di depan matanya, akan diambil tanpa mengira atau merujuk siapa tuannya. Itulah kanak-kanak pasca bayi yang pastinya, kita tak sampai hati nak marah mereka.

(ii) Cinta Sesama Manusia
Cinta ini dianggarkan bermula pada umur 7 tahun sehinggalah 13 tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan lebih mesra dan serasi sesama mereka yang seusia. Mereka mempunyai dunia tersendiri, bermain bersama.. Pada hemat saya, ini tidak lain adalah apabila berlakunya persamaan dari segi hobi dan permainan. Pada usia sebegini, kanak-kanak banyak bergaul sesama mereka melalui aktiviti-aktiviti permainan. Dan ini dapat mengeratkan hubungan antara mereka walaupun mereka belum mampu menterjemahkan seni hubungan yang terjalin..

(iii) Cinta Berlawanan Jantina
Ia berlaku seawal usia 14 tahun sehinggalah umurnya 21 tahun. Pada peringkat ini, darah remaja masih panas dan auranya ber'gejolak' untuk menuntun apa yang diingininya termasuklah cinta kepada mereka yang berlainan jantina. Islam tidak melarang cinta ini, namun menyeru agar salurannya hanya melalui jalan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. iaitu melalui pernikahan. So, mereka diluar sana..jika sudah mencecah umur 21 tahun dan berkeinginan untuk bernikah, maka, ikhtiarlah ke arah itu. Janganlah mengambil jalan singkat dan mengikut nafsu amarah suntikan syaitan..Jauhkan diri dari kebodohan yang membinasakan iman.

(iv) Cinta Kepada Orang Tua
Cinta ini adalah kepada kedua ibu bapa kita. Kita hendaklah mendahulukan ibu sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w. Ini kerana, menurut fisiologi, ibulah yang mengandung, dan melahirkan anak. Di tambah lagi dengan hakikat bahawa seorang wanita adalah lebih emosional berbanding aqalnya. Dipendekkan cerita, wanita ini berhati lembut, pemaaf dan seorang yang memahami. Maka, tidak hairanlah apabila si anak lebih dekat dengan ibunya walaupun telah berpisah sekian lama, namun apabila bertemu semula lahir perasaan sebagaimana ia terasa di saat mengandung dan melahirkan anak itu.

Pembahagian ini dapat diterjemahkan samada berpaksi pada cinta suci atau cinta nafsu/berahi. Banyak input yang diperolehi oleh penulis pada malam tersebut. InsyaAllah, jika diberi kesempatan, akan dinukilkan lagi sebuah tajuk yang turut dihidangkan pada malam yang sama..

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci akan pemahaman Cinta atau ada sesiapa yang ingin bernikah tak lama lagi, eloklah rasanya membaca buku yang ditulis Syeikhuna bertajuk CINTA DI AMBANG PERKAHWINAN.


Sesiapa yang ingin memiliki buku tersebut dengan harga RM 14.90, 238 muka surat, emailkan pada perintis_pemikir@yahoo.com

Thursday, July 23, 2009

Benua Asia Gelap



PERINGKAT pergerakan gerhana matahari dilihat di Guwahati, Assam, India semalam.


Berjuta penduduk diselubungi ketakutan, sembunyi dalam rumah

TAREGNA (INDIA): Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.

Seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian rempuhan di sungai Ganges di India, di mana penganut Hindu berkumpul untuk menyaksikan fenomena itu.

Berjuta yang lain, diselubungi ketakutan, menyembunyikan diri mereka di dalam rumah.

Awan tebal yang menyelubungi India mengaburi matahari ketika gerhana bermula selepas waktu fajar. Namun beberapa minit kemudian awan beredar dan beberapa bandar di India dapat menyaksikan gerhana penuh yang berlaku jam 6.24 pagi waktu tempatan, sebelum bergerak ke Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan dan China.

Gerhana berlaku apabila bulan bergerak di antara matahari dan bumi, melindungi sang suria sebahagian atau sepenuhnya sehingga menyebabkan kegelapan di bumi. Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.

Di Beijing yang dijangka dapat melihat gerhana sepenuhnya, kabus tebal berwarna kelabu pada pagi mengecewakan penduduk yang bangun pagi untuk menyaksikan fenomena berkenaan.

Pemerhati di Shanghai juga kecewa apabila hujan gerimis pada sebelah pagi. Namun apabila langit siang hari mula bertukar gelap seperti malam selama kira-kira lima minit, pemerhati menjadi teruja semula.

"Walaupun hujan turun, saya tidak mahu suasana muram. Saya mahu menikmati hari yang istimewa ini," katanya.

Di Bangladesh, penduduk turut bersuka ria.

"Ia adalah saat yang jarang berlaku, saya tidak pernah terfikir untuk melihatnya dalam hidup saya," kata Abdullah Sayeed, seorang pelajar kolej yang berkunjung ke bandar Panchagarh dari ibu kota Dhaka untuk menyaksikannya.



KEADAAN di Shanghai sebelum (atas) dan selepas gerhana penuh.


Katanya kereta di bandar itu memerlukan lampu ketika "siang bertukar malam secara tiba-tiba." Orang ramai berpelukan antara satu sama lain dan sesetengahnya meniup wisel apabila gerhana bermula, katanya.


Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132.

Sumber: http://www.bharian.com.my


Tuesday, July 14, 2009

JADUAL SYEIKH ROHIMUDDIN DI MALAYSIA


InsyaAllah, Syeikh Rohimuddin akan berada di Malaysia dari 23hb Julai 2009 sehingga 27hb Julai 2009. Beberapa siri kelas akan diadakan seperti berikut:

23hb Julai 2009
pagi : Masjid Damansara (Tempat Ust. Nik Bakri)
mlm : Maahad Ahmadi Gemencih (Tempat Ust. Nasir)

24
hb Julai 2009
pagi : Rumah Hj. Mat Nor, Gombak (Kitab Sir al-Asrar)
mlm : Rumah Hj. Mat Nor, Gombak

25
hb Julai 2009
pagi : Rumah Hj. Mat Nor, Gombak (Kitab Sir al-Asrar)
mlm : Rumah Mak Cik Soleh (Buku Jalan Selamat dari Neraka)

26
hb Julai 2009
pagi : Rumah Hj. Mat Nor, Gombak
mlm : Rumah Hj. Mat Nor, Gombak

27hb Julai 2009
mlm : Multimedia University (Buku Jalan Selamat dari Neraka)
Rumah Sidi Mukhlis (Parcel 7,Presint 9,Putrajaya)

Sebarang pertanyaan, boleh tinggal komen di sini.

Cabaran Menaip