CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

LINTASAN LAHZATAN

KepadaNya Aku Kembali

Zikrullah


Mari berzikir bersama-sama mengikut alunannya..

Semoga kalimah ALLAH bisa menggegarkan dan memusnahkan keegoan dan kekerasan hati ini.
BACAlah setiap kalimah demi kalimah agar mata turut menjadi saksi zikir ini.




الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله



Tuesday, May 26, 2009

Bukan Bersendiri


Resah gelisah
Menanggung sengsara dunia..

disebalik kemewahan fana
Aku mengacah seolah gembira atas duka
Langkahan meluncur jauh ke hadapan
Namun

Terhenti di pertengahan

Keliru antara persimpangan

Memikirkan...

"Adakah Perlu Aku Undur ke Belakang?"

Aku tidak sempat bermonolog lama
Terpaksa kakiku terus melangkah pergi
Aku pasti

Aku bukan bersendiri

...........................<>........................


Monday, May 25, 2009

Erti Dinihari


Erti Dinihari

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berdirinya diri ini
Sebagai tetamu senja
Siang mahupun malam
Pagi tidak pula pada petang
Menghadap kehidupan
Giat mencipta pentas lakonan
Walaupun di sebuah bangsal usang

Alhamdulillah
Segala Puji Hanya Layak UntukMu

Ku rebahkan diri ini
Dek kelelahan
Selaput mata mengaburi pandangan
Entah dinihari ataupun tengah malam
Tidak peduli akan jangka masa
Mahupun deringan alarm yang dipasang

Astaghfirullah al-`Azim
Ampunilah Kealpaan HambaMu Ini

Tidak pernah terjadi seperti ini dahulu
Sewaktu ku bersama mereka
Menjinjing kitab-kitab lama
Berlari anak kecil tatkala dinihari menjelma
Sentiasa menunggu hamparan rindu
Yang Maha Esa

Allahu Akbar
Engkau Yang Maha Agung

Kuatkan imanku
Tabahkanlah hatiku
Agar dapatku mengurus dunia
Mengikut syariatMu
Tidak terpedaya akan kemewahan sementara
Janjiku bahagia
Disamping Yang Maha Esa
Ingin ku kembali
Mengikut tautan Abadi
Agar istiqamah bersama Pejuang Hakiki
Qiamullail...kekuatan hati

Sunday, May 24, 2009

Mencari Diri



Mencari Diri

Mengalir molekul air kehangatan
Membasahi ke seantero permukaan
Wajah yang sugul
Dek kekeliruan, kebimbangan
Menanggapi perhiasan dan sandiwara
Duniawi
Yang sering disalah erti.

Apakah dosa yang menyelubungi
Perasaan hati dinodai
Firasat dan perlakuan yang tidak berhenti
Setia menemani
Tidak pula diganti
Terus berbakti menetap abadi.

Hinakah pekerti ini
Sikap tidak peduli
Mengikut telunjuk hati budi
Yang ditafsirkan mereka
Nafsu nafsi
Ananiah.., pentingkan diri
Kesongsangan yang penuh berduri.

Ketandusan aku di hamparan wakafan
Bumi pelopor ketenangan..
dan kegusaran
Bilamana renungan dek sanubari yang suci
Menembusi firasat
Hamba yang mencari
Ketenangan bersumber Ilahi

Mungkin persandaran
Itu yang dimaksudkan
Pengharapan, keredhaan dan penyerahan
Hanya milik Tunggal
Aku persis hamba yang tidak berdaya
Hanya mampu melangkahi
Menuruti perlikuan
Menongkahi cabaran
Yang setia bersiaga di hadapan.

Saturday, May 23, 2009

Dia & Aku Adalah Sama


Dia & Aku Adalah Sama

Kami adalah sama..tapi tidak serupa
Perawakannya sufi lagi suci
Acap kali bermimpi...
bersama Mujahideen membaham Zionis Israeli
Tubuhnya menggigil...percikan peluh menyelubungi
Seberkas kain itu...ku amati
Masih seperti dahulu
Menyerapi wangian yang pernah digenangi kesahmu

Ku hadiahimu keringat dan masa depanku
Kau membalasinya sepintas cuma
Namun, ia cukup bermakna
Kau kembali pada Maha Pencipta
Membasahi bumi dengan kesan torehan dari lubuk tubuhmu
Dan juga yang mengaburi pandanganku
Setiap waktu ia membasahi pipiku
Untuk sekian kalinya

Ku sirami air mawar ini
Di hamparan bumi
Agar ia sampai ke kuburanmu nanti
Yang tiada siapa pun tahu
Biarlah ia mengalir...meresapi liang permukaan rekahan
Ke tempat tumpah darahmu buat selamanya itu
Doaku...
Agar generasi ini..
Menabur budi demi agama Ilahi
Sebagaimana kita pernah ikrarkan..
sebelum kau berangkat pergi
.


Kenangan... 7 Febuari 2007

Tuesday, May 19, 2009

Senja Musafir Kota


Ana wat pembaikian daripada entri ana sebelum ini..so, terimalah..


Senja Musafir Kota

Langkah lesu musafir senja
Meniti lorong pinggiran kota
Sesekali terhuyung hayang
Melewati denai-denai kesesakan manusia
"Mabuk"..
Sinis sang penyapa
Terjahan ikut rasa
Tanpa usul periksa

Dibiarkan tempelakan mereka
Kerana dia adalah luar biasa
Punya keluarga dan anak
Ya....ramai tak terkira
Harta melimpah ruah
Kereta pelbagai warna
Baju berjenama
Makanan mewah
Perhiasan indah

Namun,
Hadiah tidak terjangka dari mereka
Meninggalkan ia sebatang kara
Dek kerana himpunan dunia ternoda
Mudah sahaja dilupakan segala penat lelah
Yang dihamburkan untuk keluarga,sahabat tercinta
Ditempelak jauh
Ke dunia yang tidak dikenali
Tidak mampu ia berkata-kata
Adakah ini sudah menjadi nasibnya?

Bibirnya tidak lekang
Membutir kira-kira
Membilang rumus Algebra lagaknya
Menghitung andai esok ada untuknya
Mengharap simpati mereka yang mengenali
Agar dibawa kembali
Melalui detik-detik bahagia bersama

~Asma' Wardah~

(Telah dibacakan oleh Dj Fairuz di IKIM.FM pada 8 Jun 2009,jam 11.25 p.m.)

Monday, May 18, 2009

Hadiah 18 MEI


Alhamdulillah, IKIM.FM memberikan hadiah berharga dan tidak disangka oleh penulis. Tepat kira-kira minit-minit terakhir sebelum jam 12p.m. 19 Mei 2009, Dj Fairuz telah membacakan sajak penulis yang bertajuk SERPIHAN SEMALAM dengan diakhiri lagu Amar, Kenangan Lalu..
Terima kasih IKIM.FM

18 Mei..Juga Yang Dekat Denganku


Terima kasih kepada pihak pentadbiran dan pengurusan UKM yang setiap tahun, tanggal 18 Mei akan diadakan majlis ceramah dan jamuan. Terharu gak..sudah 25 tahun ana sambut ulangtahun kelahiran ana bersama dengan mereka..ehehe..

Mana tidaknya, pada tarikh itu juga adalah penubuhan UKM iaitu pada 18 Mei 1970. Dan kedudukan UKM Bangi terletak tidak jauh dari rumahku. Kalau nak jalan kaki pun boleh...cuma lenguh kaki dan dihambat peluh..

Cuma yang berbeza adalah umurku dan juga umurnya.....

Semoga UKM terus cemerlang dalam menghasilkan mutu pendidikan yang luar biasa dan graduan yang tinggi nilai ilmu, akhlak dan budi..


Syukran ya Mama for the yummy blueberry cake..




Hari Semakin Tua


Langkah lesu musafir senja
Meniti lorong pinggiran kota
Sesekali terhuyung hayang
Melewati denai-denai kesesakan manusia
"Mabuk"..
Sinis sang penyapa
Terjahan ikut rasa
Tanpa usul periksa

Dibiarkan tempelakan mereka
Kerana dia adalah luar biasa
Punya keluarga dan anak
Ya....ramai tak terkira
Harta melimpah ruah
Kereta pelbagai warna
Baju berjenama
Makanan mewah
Perhiasan indah

Namun,
Hadiah tidak terjangka dari mereka
Meninggalkan ia sebatang kara
Dek kerana himpunan dunia ternoda
Mudah sahaja dilupakan segala penat lelah
Yang dihamburkan untuk keluarga,sahabat tercinta
Diterajang jauh
Ke dunia yang tidak dikenali
Tidak mampu ia berkata-kata
Adakah ini sudah menjadi nasibnya?

Bibirnya tidak lekang
Membutir kira-kira
Membilang rumus Algebra lagaknya
Menghitung andai esok ada untuknya
Mengharap simpati mereka yang mengenali
dirinya
Agar dibawa kembali
Melalui detik-detik berharga bersama
Kerana..
Ingatan dia tidak pernah lupa
Tarikh keramat
18 Mei 1984
Ya..itulah detik aku diciptakan ke dunia
Dah..aku tak tahu nak sambung ayat macam mana..
haha..
sebab dah tak dak idea..jangan marah na..

so, diucapkan terima kasih di atas ingatan sahabat-sahabat, ramai sgt nak jadi org first wish ni..
so, ana bg award (penghargaan sbnrnya) secara tak rasmi la (kan Amin..haha) kepada mereka-mereka yg cepat wish..tak harap sgt pun (walaupun ada la sikit..hahaha)..Doakan ana bahagia, cemerlang di dunia dan akhirat..aminn..

Dengan bangganya, pemenang-pemenangnya adalah:

Kategori Sms (mobile) : Siti 'Aishah Jauhara (adik ana yg poyo tu)
Kategori Chatbox (dlm blog): Amin @ Saifullah Jauhari
(pemilik blog http://www.allgreenislamic.blogspot.com/)
Kategori YM : Nurhafizzah bte Mohammad
(student Univ.Azhar,Iskandariah)

Semoga kita semua ditetapkan iman, hidup didalam iman dan mati di dalam iman...ALLAHU AKBAR...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Sifu



Lautan Memori Bersama Seorang Guru
Kenangan Terindah
Abadi Selamanya

Kepada seluruh guru-guru ku..pensyarah,asatiz dan asatizah..Terima kasih di atas segala ilmu yang disampaikan, tunjuk ajar, nasihat, bimbingan mahupun teguran.

Semoga Allah S.W.T. memberkati kalian dan menjadi contoh ikutan anak-anak didikmu..


Kepada sahabat dan sahabiah...teruskan perjuangan agar diri sentiasa terdidik untuk mendidik..

Semoga Allah S.W.T. memberkati diriku dan kalian dan menjadi contoh ikutan anak-anak didik dan masyarakat seluruhnya..

Selamat Hari Guru

Friday, May 15, 2009

Rebah Tak Kebah

Bila Lagi..
Jangan tunggu lama-lama
Nanti tak laku
Nak ke jadi andartu?..

Berdesingggg.....

Kalimah itu sentiasa menusuk jiwa
dan mindaku
Tidakkah kalian mengerti
Aku sudah tidak mampu berdiri
Menangkis terjahan halilintar tornedo
Terperosok di antara dua dunia
Yang setia menanti

Bukankah aku suka sebegini
Sejak dulu
Keraskan hati
Menepis sesiapa yang menghalang
Ya...
Aku berjaya..
Tapi itu dulu
Sekarang..
Bagaimana?

Serpihan Semalam


Didedikasikan khas kepada dia
Kenangan selama-lamanya...


Serpihan Semalam

Terasa semalam baru berjumpa
Apakah esok begitu juga
Terkadang nakal hati ku berkata
Adakah ada aku di sisinya?

Helaian demi helaian
Naskah lama itu ku amati
Mencari-cari apakah namaku tersemat
di celahan memori
Rakus mataku...
Sehinggalah tersingkap
serpihan coretan
Tersirat segala jawapan
Yang aku nantikan selama perkenalan ini

Namun...
Aku tidak dapat melihatnya
Apatah lagi untuk berjumpa
Tidak guna tangisan lagi
Dia pun sudah pergi
Menuju Kekasih Hakiki
Milik Yang Abadi


Tertawa aku..
Majnun menyapa sang diri
Siapakah aku untuk menentukan hidup mati,..
dan memilih itu dan ini?
Kerana akhirnya
Aku jua..
bakal kembali


al-Fatihah...

~asmawardah~

Cabaran Menaip