CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

LINTASAN LAHZATAN

KepadaNya Aku Kembali

Zikrullah


Mari berzikir bersama-sama mengikut alunannya..

Semoga kalimah ALLAH bisa menggegarkan dan memusnahkan keegoan dan kekerasan hati ini.
BACAlah setiap kalimah demi kalimah agar mata turut menjadi saksi zikir ini.




الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله



Thursday, May 22, 2008

Ayat-ayat Cinta

Tidak pernah terlintas kepada penulis untuk memiliki novel terlaris berjudul “Ayat-ayat Cinta” ini. Pada pandangan penulis sebelum ini, mungkin buku ini hanya memaparkan tips-tips tertentu dan himpunan ayat-ayat al-Quran sebagai panduan untuk mencapai maksud berkenaan. Akhirnya, novel ini sampai juga kepada penulis yang dikirimkan oleh kakak angkat penulis iaitu Kak Riana melalui ibu penulis. Beliau beria benar memberi pinjam kepada penulis. Mungkin ada sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama. Kak Riana adalah warga Indonesia yang telah tamat belajar Master di U.K.M. Begitupun, suaminya pun warga Indonesia yang telah bergelar Doktor Falsafah dan sekarang menjadi pensyarah kontrak di U.K.M. Aduh…hebat bangat sih mereka berdua ini..Keindahan rupa paras kak Riana…tiada tandingnya..kalah Ibu Arini..apatah lagi Siti Nurhaliza…Subhanallah…first time berjumpa, terlalu takjub dengan kebesaran Allah.. Ditambah lagi, dengan kesopanan dan pekerti yang mulia...Sesuailah penampilan beliau dengan memakai niqab..Tak sabar ingin bertentang mata dengannya kerana sudah 7 bulan tidak berjumpa..

Berbalik pada novel tulisan el-Shirazy ini, penulis pada mulanya teragak-agak untuk membaca. Sudah lama penulis tidak membaca novel dan hanya boleh dibilang dengan jari sahaja sejak 23 tahun ini. Bebanan tugas sebagai pengasuh (menjaga anak sedara) serta tugas-tugas yang lain melambatkan proses pembacaan sehingga muka surat yang terakhir. Alhamdulillah, selesai juga baca. Ada beberapa perkara pen
ting dan utama yang dipaparkan melalui novel ini sebagaimana yang dapat diringkaskan oleh penulis iaitu:

a) Hubungan Kekeluargaan
Berkenaan keluarga sealiran darah yang sama, ikatan perkahwinan dan hubungan antara ahli keluarga

b) Ukhuwwah
Sebagaimana yang ditonjolkan oleh sahabat-sahabat Fahri (watak utama) dan juga asatizah beliau

c) Persekitaran Mesir

Disingkapkan melalui keadaan Mesir yang mempunyai 4 iklim. Serta berkenaan persekitaran keilmuan yang amat hebat..banyak aktiviti keilmuan berjalan di sana.

d) Perwatakan dan Keperibadian Warga Mesir
Bermula dari penduduk biasa, para ulama’ sehinggalah kepada
pegawai kepolisian.



Kenangan di Mesir

Teringat penulis tatkala pernah singgah sebentar di bumi anbiya’ yang merupakan lokasi pengkisahan dalam novel ini. Pertama kali menjejaki, udara sejuk menyelinap menusuk tubuh walaupun pada masa itu bulan Mac 2004 dan dikhabarkan bahawa musim sejuk meniti hari-hari akhir. Namun, baki musim sejuk itupun membuatkan tubuh penulis menggigil.. apatah lagi, apabila berada pada musim sejuk. Mungkin lebih hebat dari tinggal dalam peti ais kargo.. :p Terpaksalah adik penulis yang jarang lekat kat rumah (di Malaysia) bermula usianya masuk 13 tahun memberikan 3-4 helai baju tebal / baju sejuk kat penulis. Di Mesirlah tempoh yang agak lama dihabiskan waktu bersama memandangkan beliau sebelum ini tinggal berjauhan dari keluarga. Pada masa itulah beliau nak bermanja dengan kakaknya.

Banyak kenangan manis sepanjang berada di sana. Penulis telah dikhabarkan oleh sahabat-sahabat di sana (mereka semua telah selesai pengajian dan kembali ke Malaysia) untuk berhati-hati dengan masyarakat Mesir. Ada yang ok dan ada yang lebih teruk dari sangkaan kita. Alhamdulillah, Allah S.W.T. menganugerahi teman-teman Misri yang amat baik. Bermula dengan perkenalan seorang wanita berdarah Palestin bernama Ustazah Mahe sehinggalah beberapa jemaah di Masjid al-Arqam, Hayyu Thamin. Berkat berkenalan di masjid sebagai tempat pertemuan dan pengajian selain sebagai tempat solat berjamaah. Ustazah Mahe telah penulis sunting untuk menjadi guru tajwid dan guru tilawah bg membetulkan bacaan al-quran penulis. Beliau turut memperkenalkan kelas pengajian al-Quran yang diadakan di masjid itu. Bertambah ramailah kenalan penulis. Namun, persinggahan singkat itu amat menyedihkan kerana banyak lagi yang perlu penulis pelajari di sana. Disamping teman-teman yang ramah..Inni Uhibbukum Fillah...Di waktu perpisahan, mereka hadiahi penulis beberapa kitab termasuk sebuah kitab tajwid. Tidak lupa juga, kepada Ustazah Mahe yang memberikan kaset 30 juzu’ bacaan Masyari Rashid al-Afasi, kain solat muslimat, dua set buku cerita dan beberapa buah kitab sejarah...Allahu Akbar..Mereka mendoakan agar penulis kembali lagi ke Mesir..InsyaAllah...Semoga doa mereka dikabulkan oleh Allah.

Pun begitu, kenangan pahit yang menjadi mimpi buruk penulis adalah sikap melampaui batas penulis terhadap Ustaz Ahmad yang merupakan guru bahasa Arab. Memanglah tujuan penulis ke Mesir adalah untuk mempelajari Bahasa Arab. Tempoh sebulan terlalu cepat berlalu. Pada siri-siri akhir kelas, berlaku salah faham antara penulis dan Ustaz Ahmad. Penulis amat menghormati warga pendidik. Tapi, atas keadaan yang memaksa, penulis terpaksa protes. Keadaan menjadi reda dengan perantaraan dari pelajar warga Singapura. Akhirnya, perselisihan kecil ini selesai tak sampai beberapa jam. Terpegun juga penulis kerana dapat menutur dengan bahasa Arab yang baik sewaktu “berhujah”. Terharu penulis apabila Ustaz Ahmad menghadiahi kitab besar i`rab 30 juz al-Quran semasa hari-hari terakhir penulis di Mesir..MasyaAllah...tebalnya tak terhingga..belum lagi ditimbang beratnya...apa-apa pun, kemaafan ustaz lebih diharapkan..Oleh itu, sehingga hari ini, ustaz Ahmad masih mengingati penulis dan saling berhubung. Pada detik ini, ustaz Ahmad bekerja di UAE.

Zainab al-Ghazali

Sikap kebiadaban pegawai polis dan penjara di Mesir sebagaimana diungkapkan dalam novel ini mengingatkan penulis pada kisah Zainab al-Ghazali. Penulis juga sempat memandang sekilas tembok-tembok penjara bawah tanah di Mesir. Mengingatkan kisah Srikandi Zainab, saling tak tumpah perlakuan mereka ini sejak dahulu lagi. Tindakan mereka memperlakukan keluarga srikandi ini dan terhadap dirinya sendiri amat melampau. Detik bermula dengan menceroboh masuk ke rumah serta merosakkan perkakasan dalam rumah di depan keluarganya. Kemudian, polis-polis ini mengheret dan menangkap anak saudara beliau yang merupakan seorang pelajar di Fakulti Perguruan. Sehinggalah pada suatu masa, Zainab al-Ghazali ditangkap sama dan dikurung di dalam penjara yang gelap gelita. Beliau hampir-hampir diperkosa, namun Allah S.W.T. menyelamatkannya daripada niat jahat anjing-anjing `Abd Nasir itu. Beliau juga dilarang untuk ke tandas unless kalo pintu tandas itu tidak ditutup. Diberitakan juga, beliau tidak ke tandas sehingga seminggu lamanya. Banyak lagi bentuk penderaan fizikal yang dialami. Cuma, tulisan tidak dapat diteruskan kerana penulis belum lagi berpeluang memiliki sebuah buku penuh karangan beliau ini.

Penulis teringin memiliki kisah-kisah beliau yang telah dibukukan di dalam bahasa asal iaitu bahasa arab. Disamping ingin memperolehi zuuq mengobarkan semangat, bahasa yang digunakan juga adalah mudah difahami. Namun, penulis hnya ada beberapa helai yang merupakan keratan dari salah satu bab buku itu (dalam bahasa arab). Karya terjemahan di dalam bahasa Melayu pun sudah ada di pasaran. Bagi penulis, biarlah penulis beli yg ori... =)

Cabaran Menaip