CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

LINTASAN LAHZATAN

KepadaNya Aku Kembali


Zikrullah


Mari berzikir bersama-sama mengikut alunannya..

Semoga kalimah ALLAH bisa menggegarkan dan memusnahkan keegoan dan kekerasan hati ini.
BACAlah setiap kalimah demi kalimah agar mata turut menjadi saksi zikir ini.




الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله



Wednesday, October 20, 2010

Pesanan Syaikh Zakiyuddin Ibrahim


(Maulana Sheikh As-Sayyid Muhammad Zakiyuddin Ibrahim r.a. dan Sayyidi Sheikhna As-Syarif Yusuf bin Muhyiddin Al-Bakhour Al-Hasani)


Antara nota2 perkataan Saiyyidi Sheikh Zaki Ibrahim r.a. dalam rakaman tersebut:


- Meminta maaf daripada manusia dalam kesalahan pada hak manusia kerana ramai manusia yang muflis di akhirat kerana pahalanya dituntut oleh mereka yang dizalimi di dunia sehingga tiada lagi kebaikan namun masih tersisa orang-orang yang dizaliminya, lalu dia terpaksa memikul pula dosa-dosa mereka yang telah dizaliminya di dunia.


-Saranan agar tidak meninggalkan wirid harian kerana adanya rahsia dalam wirid.


-Saranan dalam memurnikan akhlak kerana mereka yang paling hampir kepada Rasulullah s.a.w. di akhirat adalah mereka yang memiliki ketinggian akhlak.


- Berwaspada terhadap akal yang merasakan lebih tahu daripada orang lain. Akal juga boleh menyesatkan tanpa pedoman iman.


- Setiap orang ada kelemahan. Nasihatlah manusia dengan penuh hikmah. Sedangkan, kelemahan diri kamu lebih patut dinasihati. Jangan memperkecilkan sesama manusia kerana mereka ada kelamahan kerana diri sendiri ada kelemahan.


- Siapa yang merasakan diri sempurna perlu mendapatkan rawatan mental kerana tidak memahami hakikat sendiri.


- Jangan terlalu bergantung kepada akal semata-mata kerana ada perkara yang lebih mendalam daripada dapat difahami oleh akal.





Kesimpulan Doa:


Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang telah aku taubati namun setelah itu mengulanginya semula.

...

Ya Allah, aku meminta keampunan terhadap janji yang tidak ditunaikan.


Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada amalan yang aku lakukan keranaMu namun bercampur dengan apa yang bukan keranaMu.


Wahai Tuhanku, aku meminta ampun terhadap segala dosaku samada zahir mahupun batin. Ampunilah ahli keluarga, teman-teman dan mereka yang berada di sekeliling kami.


Wahai Tuhan kami, dengan kekerdilan majlis ini di hadapan keagunganMu, maka tunaikan permintaan kami, jauhilah daripada apa yang memudaratkan kami dan selamatkanlah kami daripada suuk khatimah.


Ampunilah para guru kami, ikhwan kami dan kaum muslimin.


Wahai Tuhanku, terimalah amalan kami semua. Amiin...


sumber: catatan Sidi Raja Mukhlis Raja Jamaludin

Qasidah Darot Ku'us Al-Gharam (Cawan Cinta)


Oleh: Sheikh As-Shuyukh wa Qudwah Al-Arifin Sayyidi Sheikh Ahmad bin Mustafa Al-'Alawi r.a.

Terjemahan Oleh: Sheikhna Rahimuddin bin Nawawi Al-Azmatkhan Al-Bantani

Sayyidi Al-Arif billah Sheikh Ahmad bin Mustafa Al-'Alawi r.a. berkata:


دارت كؤوس الغرام # ما بين الموالي

فزادتهم اصطلام # حالاً على حال

قلت لهم ياكرام # هل ترضوا بحالي

فقالوا لي يا غلام # إذا كنت خالي

فقلت لهم نعم # قولكم في بالي

ولكنَّ ياكرام # أشفقوا من حالي

إني كثير الآلام # ضعيف الأعمال

بالنسبة لكم عدم # جعلتكم فالي

ذكركم لي مدام # وحبكم مالي

إن لي فيكم هيام # ليته يبقى لي

(فيا ضيعة الأيام # في القيل والقال

لو كنتُ من أهل المرام # لضيّعتْ أشغالي

وهمت بكم هيام # والحق يصغى لي)

في حبكم لا ملام # واللوم حلى لي

فإن كان لي مقام # عندكُمُ عالي


Terjemahan oleh Sayyidi Sheikhna Rahimuddin Al-Bantani (Diriwayatkan daripada Akhina Muhammad Naim)


Cawan Cinta

Telah beredar cawan cinta

Di tangan para kekasih

Semakin memabuk cinta...

Kondisi demi kondisi

Aku berkata: Wahai tuanku

Maukah kau menerimaku

Paduka berkata: Anakku

jika engkau lepaskan nafsu

Aku berkata: YaTitahmu ku semat di hati

Namun yang mulia

Keadaanku lemah kasihani

Aku banyak berdosa

Amalpun papa

Di sisimu tiada harga

Engkau sebuah damba

Mengingatmu bagiku cinta

Mencintaimu itu modalku

Aku mabuk dalam cinta

Semoga itu kekal bagiku

[Naskhah Tambahan dalam Qasidah Asal:

Alangkah bazirnya hari-hari,

Dengan banyak bicara tanpa henti,

Sedangkan jika tujuanku benar dalam mencari (Allah),

Seharusnya aku tinggalkan kesibukan lain yang mencemari.

Subur cintaku pada kalian,

Al-Haq saksi kebenaran perasaan.]

Mencintamu tiada cela

Celapun halal bagiku

Andaipun aku mulia

Lagi luhur yang di sisimu


Sanad Qasidah: Sheikhna Sayyidi Syarif Rahimuddin bin Nawawi Al-Azmatkhan meriwayatkan qasidah ini daripada guru kami yang mulia Sayyidina wa Sheikhna Al-Murobbi As-Syarif Yusuf bin Muhyiddin Al-Bakhour Al-Hasani daripada Sheikh Sheikhna Sayyidi Al-Arif billah Al-Qudwah Al-Hasanah SHeikh Abdul Qadir Isa Al-Halabi r.a. daripada Al-Allamah Al-Arif billah Sheikh Muhammad Al-Hasyimi daripada Sayyidina Sheikhu As-Shuyukh wa Qudwah Al-Arifin Al-Arif billah Sheikh Ahmad bin Mustafa Al-'Alawi r.a..

Ia menyimpan seribu satu rahsia adab hati seseorang murid kepada para murobbinya yang hakiki dan kesetiaan jiwanya kepada murobbi. Semoga Allah s.w.t. memberi manfaat kepada kita semua dengan keberkatan mereka. Amiin.




sumber : catatan Sidi Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin


Tuesday, October 19, 2010

Cinta pada Tanah atau pada Hati?



Berkisar pada cinta manusia

Mengapa manusia yang diciptakan dari tanah perlu mencintai manusia yang turut diciptakan dari tanah?..

Tanah mencintai tanah...

Bukankah tanah itu tempat berpijaknya kaki


Kenapa tidak mencintai hati yang lebih dekat dengan ALLAH?


Fikirkanlah..sama ada mencintai manusia kerana jasadnya yang dibuat dari tanah..atau mencintai hati manusia yang lebih dekat dengan ALLAH



Cabaran Menaip