CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

LINTASAN LAHZATAN

KepadaNya Aku Kembali

Zikrullah


Mari berzikir bersama-sama mengikut alunannya..

Semoga kalimah ALLAH bisa menggegarkan dan memusnahkan keegoan dan kekerasan hati ini.
BACAlah setiap kalimah demi kalimah agar mata turut menjadi saksi zikir ini.




الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله



Tuesday, July 28, 2009

Pembahagian Cinta


Tajuk ini dibangkitkan, bukannya sebagai ikut-ikutan remaja-remaja sekarang yang lebih sukakan untuk memaparkan topik-topik meletup berkenaan cinta.

Macam-macam tajuk yang ditelaahkan oleh para penulis sehingga menarik perhatian lain utk membacanya lebih lanjut. Sudah tentu pada fikiran awal si pembaca menyangka bahawa penulis terbabit akan menceritakan berkenaan pasangan cintanya. Mana tidaknya, pelbagai tajuk yang diutarakan adalah lebih pada kiasan semata-mata...atau lebih tepat sebagai strategi untuk orang lain membacanya lanjut dan sebagai tarikan semata-mata.. Setuju?.

So, sahabat-sahabat, tajuk ini secara sorohah nya lagi jelas dan nyata...yang tidak berbelit atau berkias...Ia sebagai pemahaman kepada erti Cinta.


Alhamdulillah, penulis diberi keizinan-Nya berada dalam Talk-show bersama Syeikhuna Rohimuddin al-Nawawi di Surau Universiti Multimedia, Cyberjaya jam 9 malam, 27hb Julai 2009. Terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan dan difahami daripada majlis berkenaan. Penulis mengambil ruang ini agar dapat berkongsi ilmu serta dapat dihayati bersama. Segala huraian ini dicernakan secara bebas mengikut kefahaman, pengalaman dan pengamatan penulis.

Syeikhuna telah menyebut perihal CINTA DAN KEHIDUPAN. Terdapat 4 pembahagian utama sebagaimana yang disebut oleh syeikhuna iaitu:



(i) Cinta kepada Diri Sendiri
Cinta ini mula terjadi seawal bayi sehinggalah ia berumur 6 tahun. Ini adalah kerana, kanak-kanak terbabit akan merasakan bahawa semuanya adalah miliknya. Segala di depan matanya, akan diambil tanpa mengira atau merujuk siapa tuannya. Itulah kanak-kanak pasca bayi yang pastinya, kita tak sampai hati nak marah mereka.

(ii) Cinta Sesama Manusia
Cinta ini dianggarkan bermula pada umur 7 tahun sehinggalah 13 tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan lebih mesra dan serasi sesama mereka yang seusia. Mereka mempunyai dunia tersendiri, bermain bersama.. Pada hemat saya, ini tidak lain adalah apabila berlakunya persamaan dari segi hobi dan permainan. Pada usia sebegini, kanak-kanak banyak bergaul sesama mereka melalui aktiviti-aktiviti permainan. Dan ini dapat mengeratkan hubungan antara mereka walaupun mereka belum mampu menterjemahkan seni hubungan yang terjalin..

(iii) Cinta Berlawanan Jantina
Ia berlaku seawal usia 14 tahun sehinggalah umurnya 21 tahun. Pada peringkat ini, darah remaja masih panas dan auranya ber'gejolak' untuk menuntun apa yang diingininya termasuklah cinta kepada mereka yang berlainan jantina. Islam tidak melarang cinta ini, namun menyeru agar salurannya hanya melalui jalan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. iaitu melalui pernikahan. So, mereka diluar sana..jika sudah mencecah umur 21 tahun dan berkeinginan untuk bernikah, maka, ikhtiarlah ke arah itu. Janganlah mengambil jalan singkat dan mengikut nafsu amarah suntikan syaitan..Jauhkan diri dari kebodohan yang membinasakan iman.

(iv) Cinta Kepada Orang Tua
Cinta ini adalah kepada kedua ibu bapa kita. Kita hendaklah mendahulukan ibu sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w. Ini kerana, menurut fisiologi, ibulah yang mengandung, dan melahirkan anak. Di tambah lagi dengan hakikat bahawa seorang wanita adalah lebih emosional berbanding aqalnya. Dipendekkan cerita, wanita ini berhati lembut, pemaaf dan seorang yang memahami. Maka, tidak hairanlah apabila si anak lebih dekat dengan ibunya walaupun telah berpisah sekian lama, namun apabila bertemu semula lahir perasaan sebagaimana ia terasa di saat mengandung dan melahirkan anak itu.

Pembahagian ini dapat diterjemahkan samada berpaksi pada cinta suci atau cinta nafsu/berahi. Banyak input yang diperolehi oleh penulis pada malam tersebut. InsyaAllah, jika diberi kesempatan, akan dinukilkan lagi sebuah tajuk yang turut dihidangkan pada malam yang sama..

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci akan pemahaman Cinta atau ada sesiapa yang ingin bernikah tak lama lagi, eloklah rasanya membaca buku yang ditulis Syeikhuna bertajuk CINTA DI AMBANG PERKAHWINAN.


Sesiapa yang ingin memiliki buku tersebut dengan harga RM 14.90, 238 muka surat, emailkan pada perintis_pemikir@yahoo.com

2 comments:

Nak buku said...

Salam kakk, nakk buku tu.. best tak? bg free dulu la, promosi.. hee.. Boleh tak?

asmawardah said...

Wa'alaykum salam w.b.t....buku ini membicarakan seawal perbicaraan berkenaan PENGERTIAN CINTA DAN PSIKOLOGI, seterusnya menyentuh tentang HUKUM COUPLE, ETIKA PERGAULAN DALAM ISLAM sehinggalah PEMILIHAN PASANGAN...En. "Nak buku" boleh mendapatkannya sebelum berangkat ke Mesir sebagai persediaan awal..

Cabaran Menaip