Tajuk yang dipilih..Damai Yang Segar...
tafsirlah mengikut pemahaman sendiri..
sengaja ana tak pilih tajuk mcm Damai Yang Indah...dan sebagainya..
apa yg diungkapkan (apa yg ana nukilkan selama ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri) adalh berdasarkan pengalaman jiwa yg terkesan dengan biah negara Yemen..sama-sama kita hayati...ok..
Ditujukan khas untuk Persatuan Mahasiswa Malaysia Yaman (PERMAYA) terutama Ustaz Muhd. Zulkhairi b. Ngah, Ustaz Jais, Ustaz Bilal dan kepada seluruh warga Damai, Kak Murni, Syifa’ dan seluruh mahasiswa Malaysia di Yaman dengan ucapan...InsyaAllah, semoga kita berjumpa lagi..
Damai Yang Segar
Jernihan embun menyapa kehijauan
Sang rerama meniti kelopak mekar
Rerumput melambai ketinggian
Pepasir berulas kemesraan
Selendang itu beralun berkibaran
Dek angin merindui kebebasan
Merentas sayap di kejauhan
Sayup kedengaran sahut bersahutan
Melodi indah bicara keindahan
Sang semut mendongak ke langit
Sapaan kesaljuan, keindahan dan kedamaian
Ketenangan ini
Tidak dapat ditanggapi
Sebarang bicara
Hanya mata memerhati
Menikmati udara segar
Di kala embunan
Hatta berlabuhnya kelam
Walau masa silih berganti
Kedinginan tetap dirasai
Ini yang dicari selama ini
Damai itu ada lagi
Pada insan yang mengerti
Untuk ditafsir batini
Aku yakin
Aku tidak salah memilih
Sebuah damai yang segar
Tenang jiwa mengingati Ilahi
Permukiman yang jauh dari fantasi
Ia berada di sini
Sebuah bumi anbia’
Wakafan para salafussoleh
Yang mengajar keindahan Islam
Bi’ah solehah
Itulah yang didambakan
Terima kasih Ilahi
Di atas pemilihan bumi ini
Untuk merasai sebuah nikmat kehidupan
Akan dirindui
Sentiasa tersemat diingatan ini
Sana’a (Yemen)
Ogos 2008
Tuesday, March 24, 2009
Damai Yang Segar
Posted by nama2bunga at 7:15 PM 0 comments
Sunday, March 22, 2009
Islah...
InsyaAllah, bersama kemunculan situs baru; LANGKAH SUFI MENUJU ILAHI...sekarang dalam Hadrah Ilmiah..dan akan menjejaki proses ta'ayun tidak beberapa lama lagi..
Posted by nama2bunga at 9:25 AM 0 comments
Monday, March 2, 2009
Tabahlah Wahai Hatiku...
Begitu masa merampas usia
Berlalu mencuri pandangan manusia
Tetapi ia tetap di situ
Kerdilnya ia terlindung nafsu
Namun kekuatannya
Menongkah kawanan berduri
Walau diacah sinis haiwani
Biarkan sahaja ia berlaku
Kerana ia adalah maujud
Dari Tuhan Maha Pencipta
Memandu ke arah Cinta Agung
Berlalu mencuri pandangan manusia
Tetapi ia tetap di situ
Kerdilnya ia terlindung nafsu
Namun kekuatannya
Menongkah kawanan berduri
Walau diacah sinis haiwani
Biarkan sahaja ia berlaku
Kerana ia adalah maujud
Dari Tuhan Maha Pencipta
Memandu ke arah Cinta Agung
Posted by nama2bunga at 1:25 PM 0 comments
Labels: Bicara Hati Sang Penulis
Subscribe to:
Posts (Atom)