
Sesungguhnya jasa dikau amat penulis hargai. Sesekali, teringat kisah-kisah yang mencabar tatkala insan-insan cuai yang pernah menconteng, menghimpit dan mencakar dirimu. Betul kata orang…Malang Tidak Berbau. Kalau dah bau, mesti boleh dan dapat dielakkan. Bas, wira, mercedez dan yang terakhir..penulis tidak tahu angkara siapa. Ketiga-tiga pemilik kenderaan pun sudah dimaafi..heheh, namun yang keempat,..hmm..siapa yang kerjakan jantung pisang ini? Hmm...ana pun tak tahu. Teringat lagi, pada masa itu, senja..dari jauh kelihatan kereta penulis seakan merengek..heheh..rupanya, ada kemik-kemik kat bahagian kiri kereta. Apa kejadahnya, sudah langgar, lari begitu sahaja..
Maka, kembalilah penulis kepada hidup kembara yang asal. Biasalah..adat resam manusia. Kerana segalanya bermula dengan tiada, itulah sandaran terhadap perhiasan dunia...Menggunakan kudrat yang Allah S.W.T. bekalkan..kakiku masih boleh bertahan. Alhamdulillah, terasa kemanisan berjalan di bumi Allah kerana setiap langkah ku ini dimohon agar sentiasa diberkati.. Setiap langkah dipasakkan pada tujuan yang satu. Semua dianggap cabaran yang perlu dihadapi dengan tenang, sabar dan gagah. Pengalaman kembara bi al-rijli memberi pelbagai ruang untuk berfikir panjang dan mengenal masyarakat kota, gelagat dan karenahnya..dan menambahkan kenalan. Tidak kira yang India mahupun berbangsa Cina.
Harta ada pasang surutnya..Ia termaktub dalam lembaran rezeki yang Allah sahaja yang tahu. Bukan ingin menangisi, bahkan terasa sedar dari lena yang panjang...kembali kepada kekhudu’an yang selama ini kejauhan..Bila diri tidak dibelenggu dengan cinta pada harta, terasa bersyukur yang amat terhadap apa yang ada. Kekadang, kita lupa apa yang ada disekeliling kita. Itulah dia tamak haloba apabila semua ingin disapunya, tiada qana’ah, sikap sederhana dengan apa yang ada. Biarlah kereta itu tiada, kerana banyak lagi harta yang bernilai di sisi dan di hati..Iman kepada-Nya yang utama.
p/s: heheh...tak sempat nak amik gambar ngan kancil..
0 comments:
Post a Comment