CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

LINTASAN LAHZATAN

KepadaNya Aku Kembali


Zikrullah


Mari berzikir bersama-sama mengikut alunannya..

Semoga kalimah ALLAH bisa menggegarkan dan memusnahkan keegoan dan kekerasan hati ini.
BACAlah setiap kalimah demi kalimah agar mata turut menjadi saksi zikir ini.




الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله



Wednesday, October 20, 2010

Pesanan Syaikh Zakiyuddin Ibrahim


(Maulana Sheikh As-Sayyid Muhammad Zakiyuddin Ibrahim r.a. dan Sayyidi Sheikhna As-Syarif Yusuf bin Muhyiddin Al-Bakhour Al-Hasani)


Antara nota2 perkataan Saiyyidi Sheikh Zaki Ibrahim r.a. dalam rakaman tersebut:


- Meminta maaf daripada manusia dalam kesalahan pada hak manusia kerana ramai manusia yang muflis di akhirat kerana pahalanya dituntut oleh mereka yang dizalimi di dunia sehingga tiada lagi kebaikan namun masih tersisa orang-orang yang dizaliminya, lalu dia terpaksa memikul pula dosa-dosa mereka yang telah dizaliminya di dunia.


-Saranan agar tidak meninggalkan wirid harian kerana adanya rahsia dalam wirid.


-Saranan dalam memurnikan akhlak kerana mereka yang paling hampir kepada Rasulullah s.a.w. di akhirat adalah mereka yang memiliki ketinggian akhlak.


- Berwaspada terhadap akal yang merasakan lebih tahu daripada orang lain. Akal juga boleh menyesatkan tanpa pedoman iman.


- Setiap orang ada kelemahan. Nasihatlah manusia dengan penuh hikmah. Sedangkan, kelemahan diri kamu lebih patut dinasihati. Jangan memperkecilkan sesama manusia kerana mereka ada kelamahan kerana diri sendiri ada kelemahan.


- Siapa yang merasakan diri sempurna perlu mendapatkan rawatan mental kerana tidak memahami hakikat sendiri.


- Jangan terlalu bergantung kepada akal semata-mata kerana ada perkara yang lebih mendalam daripada dapat difahami oleh akal.





Kesimpulan Doa:


Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang telah aku taubati namun setelah itu mengulanginya semula.

...

Ya Allah, aku meminta keampunan terhadap janji yang tidak ditunaikan.


Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada amalan yang aku lakukan keranaMu namun bercampur dengan apa yang bukan keranaMu.


Wahai Tuhanku, aku meminta ampun terhadap segala dosaku samada zahir mahupun batin. Ampunilah ahli keluarga, teman-teman dan mereka yang berada di sekeliling kami.


Wahai Tuhan kami, dengan kekerdilan majlis ini di hadapan keagunganMu, maka tunaikan permintaan kami, jauhilah daripada apa yang memudaratkan kami dan selamatkanlah kami daripada suuk khatimah.


Ampunilah para guru kami, ikhwan kami dan kaum muslimin.


Wahai Tuhanku, terimalah amalan kami semua. Amiin...


sumber: catatan Sidi Raja Mukhlis Raja Jamaludin

0 comments:

Cabaran Menaip