Oleh : Syeikh Rohimuddin al-Nawawi
Tarikh : 1 Oktober 2009
Masa : 9 pagi (waktu mesir)
Tempat : Rumah Terengganu, Hayyu 'Asyir, Kaherah.
Posted by nama2bunga at 8:51 PM 0 comments
Labels: Aktiviti Sufis
Dah lama ana cari buku-buku akaun ana..sejak kepulangan dari rehlah ilmi di Yaman dan Mesir, tak terbawa lagi buku-buku itu ke bank untuk update..Akibat asyik terlupa, akhirnya, buku-buku tu pun hilang entah ke mana..
Jenuh selongkar merata..tapi tak juga berjumpa. Banyak kali juga cari..sejak akhir bulan febuari sehinggalah september ni..hmm..lebih kurang 7 bulan gak.
Akhirnya ana malas dah nak cari. Biarlah secara kebetulan. Selalunya,benda yang dicari ni susah nak ditemui. Tapi, kalau tak cari, ada pula di depan mata.
----------------------
Esok Raya!
Terkenang ana satu persatu insan-insan yang ana sayangi..yang telah dijemput Ilahi. Paling terkesan, ana masih mengingati tok guru ana iaitu almarhum Prof. Halim yang telah pergi sebelum menjengah Ramadhan kali ini. Acapkali ana ingin mengamati hadiah pemberian beliau yang dititipkan sebelum ana berangkat pergi ke Yaman pada tahun lepas. Hadiah penghargaannya kerana ana menjadi tutor bagi subjek pengajaran beliau..katanya, beliau selesa dan suka ana dapat join bersama membimbing kelas-kelas beliau.
Ana takut nanti akan terasa sedih lagi jika ana melihat dompet itu. Nanti melarat sampai esok hari. Namun, ana ambil juga dompet itu pada hari ini yang tersusun kemas di dalam laci almari. Setelah diamati luarannya, ana terus membuka dompet itu.
Hmm..bukan katak yang lompat. Tapi, ana terkejut apabila mendapati isi dompet tersebut. Buku-buku akaun ana yang dicari selama ini terselit dalam dompet tersebut. Rupa-rupanya, ia 'menjaga' mereka selama ini.
Fikiran ana terus melayang seketika itu sehinggalah kini. Bukanlah memikirkan sangat pada buku-buku itu. Tetapi kepada tok guru ana. Saat beliau telah berlalu, giliran ana bagaimana?..Terkenang juga ana pada amanat beliau yang belum ana sempurnakan. Agak berat tugasan ini. Semoga Allah S.W.T. memberi kekuatan, peluang, ruang, masa dan kekayaan untuk ana menjalankan rancangan mega yang tergendala hasil dari idea almarhum.
Posted by nama2bunga at 9:39 PM 1 comments
Labels: Sekilas Cuma
Manusia..Insan..Sungguh Kasihan
Macam-macam yang ia inginkan
Sudahlah pelupa
Tidak tahu mensyukuri nikmat Allah
Suka berbalah sampai tak sudah
Bila susah baru teringat Allah
Ada juga yang tersasar dan hilang arah
Benda di depan mata, tak pula dimanfaatkan
Bila sudah tiada, baru termenung panjang
Hmm..betullah..
Banyak mereka ini suka fikir itu dan ini
Kira khayalan dan angan-angan selalu jadi makanan
Apa yang ada tidak dipedulikan
Peluang dah diberikan, suka hati je dilepaskan
Bila hilang, barulah menyesal
Seolah-olah meminta dikembalikan masa
Sudah terlambat
Peluang dan Masa yang sama tidak dapat diulang kembali
Walau sesal sekalipun
Perkara yang telah berlalu terus jauh meninggalkan pergi
Hanya iktibar untuk diingati kemudian hari.
Posted by nama2bunga at 12:23 PM 1 comments
Labels: Bicara Hati Sang Penulis
Banyak spekulasi dan terjahan yang berligat di minda ini. Ana paling tidak suka untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali..tambahan pula barang peribadi berada di tangannya...Dan dia adalah bukan dikalangan gender yang sama dengan ku..
Pelbagai perasaan yang timbul...marah, geram hatta menyampah pun ada.. Lidah lantas meluncur laju mengikut rentak melodi fikiranku..(Masih menyalahkan lidah..walhal tahu bahawa lidah tidak akan bergerak sendiri tanpa menuruti kata nafsu dan hati)
.............................
Ana manusia biasa yang tidak lepas daripada dorongan kata nafsu. Hati berbolak balik. Bukankah telah dipelajari sebelum ini, bahkan banyak kali bahawa seorang muslim hendaklah senantiasa bersangka baik kepada temannya. Untuk peristiwa ini, ana lupa sementara. Ana tidak berjaya mengawalnya. Bila tersedar, ianya sudah terlambat. Hodohnya perangaiku apabila berburuk sangka. Entah bagaimana longgarnya kawalanku ini yang selama ini JAGA..
Mesti ramai dikalangan kita sudah merasai kemanisannya berbaik sangka; husnu dzon yang merupakan prinsip pertama dalam ukhuwah. Ya..cantiknya akhlak dan pekerti mulia ini. Oleh itu, bersangka baiklah kepada semua. Perkara selainnya, kita serahkan pada Allah S.W.T. Alangkah aman nya dunia jika ia menjadi prinsip seluruh umat manusia.
Semoga ia menjadi renungan dan iktibar kepada para pembaca yang budiman. Dari kisah ini, kita juga kena faham bahawa tidak semua posmen di dunia ini tahu selok belok jalan ke rumah kita...
Posted by nama2bunga at 11:35 PM 4 comments
Labels: Akhlak
Jam 12.45 tengahari semalam, ana mendapat panggilan daripada Sya'ban..
Sya'ban : Kenapa mu tutup h.set?
Ana : Aikk..mu ingat h.set ni ada office hour ke? main tutup dan bukak?
Sya'ban : Alamak...loyer buruk lak.
Ana : Ishh..jangan mengata orang..
Sya'ban : Ha? bile pulak mengata orang nih..
Ana : Tu..tadi cakap lawyer buruk. Tapi, pelik gak. Kat situ ada budak amik lawyer ye?
(Dialog di atas bukanlah dialog yang sebenar...Yang bawah ni baru betul)
Sya'ban : Kenapa mu tutup handset?
Ana : Owh..baru charge h.set..Mati tadi
Sya'ban : Ni..tadi, ada orang telefon Sya'ban. Dia kata, nak hantar gambar konvo Sya'ban by hand. Dia tanya rumah kat mana. Pastu, dia kata, dia nak minta mu ambil gambar tu dan jumpa kat stesen komuter.
Ana : Aiikk..lain benar bunyinya. Siap by hand lagi tu. Pelikla..Kenapa dia tak hantar post je? Kawan-kawan ada yang dah dapat gambar tu?
Sya'ban : Ada sorang kawan saya dari Johor kat sini. Dia kata, dia tak dapat lagi gambar konvo.
Ana : Kenapalah orang tu bengong sangat.. Postkan senang. Takkan lah dia nak hantar gambar ke rumah setiap orang. Jenuh tu..
Sya'ban : Saya dah bagi nombor telefon mu kat dia. Nanti, bila dia sampai kat stesen komuter, dia call mu. Mungkin dalam jam 4 petang.
Ana : Oklah..tengoklah cam ne
Ana terus bagitahu perkara ini kepada mak ana. Entahlah, angin apa datang semalam. Mungkin tempias dari gempa bumi di kepulauan jawa yang juga negara jiran kita...
Yang pastinya, ana kata kat mak ana:
Ana : Mak, pelik la orang tu. Kenapa dia tak post je gambar Sya'ban tu? Ni siap bagi byhand. Nanti, mesti orang tu minta charge la, apela..takut gak mak. Entah nak pukau ke..
Mak : Mak pun pelik.
Ana : Kenapa dia tak hantar je kat Nilai dan PJ..kan semua budak ex Darul Quran Persijilan ada kat situ. Kan senang..sekali harung je. Ke dia terpegun tengok gambar Sya'ban?
Mak : Bagi mesej kat Sya'ban..minta no tepon orang tu.
Ana : Ok..
(Tidak lama kemudian...)
Mak : Assalamualaikum..
Orang tu : W'slm.
Mak : Ni orang yang nak bagi gambar Sya'ban tu ke?
Orang tu : Ye saya
Mak : Siapa nama?
Orang tu : Shauqi
Mak : Tidur ye tadi. Serak je suara
Shauqi : Eh..tak de la..Baring-baring je..
Mak : Shauqi nak hantar gambar tu kat umah mak cik ke?
Shauqi : Ya..saya ingat nak jumpa kat stesen komuter, senang sikit.
Mak : Shauqi ni duduk mana ya?
Shauqi : Saya tinggal kat Bangi. Tu yang dekat ngan kawasan umah makcik. Saya kerja kat Kajang. Nanti on the way saya balik, saya boleh singgah stesen komuter tu.
Mak : Wat susah je...Boleh je kalau mak cik pergi umah Shauqi. Ni duduk kat umah bujang ke atau umah family?
Shauqi : Eh..tak pelah mak cik..Buat susah susah je..Saya tinggal ngan family.
Mak : Owh..dah kahwin la ni ye?
Shauqi : Eh..tak delah makcik. Saya tinggal dengan mak dan ayah
Mak : Owh..Tak pelah..makcik datang umah Shauqi la ye?
Shauqi : Tak pe makcik. Saya boleh TOLONG hantarkan. Nanti saya datang ye..dalam kul 4 petang cam tu. Apa-apa nanti saya call balik...
Mak : Ok
....bersambung....
Posted by nama2bunga at 2:18 PM 2 comments
Labels: Akhlak
Kekeliruan antara kepasrahan dan kekecewaan
Menghampari diari seharian
Apabila jawapan yang tidak kunjung
Apatah lagi persoalan ini dipikul
Menjadi bebanan yang merimaskan
Yang pasti
Mereka tidak tahu
Kepedihan hati manusia ini
Masalah
Semua akan menghadapinya
Walau kecil
Terasa seakan batu penghalang selama-lamanya
Jika besar
Putus asa mempertaruhkan nyawa
Tapi ingat
Kita hamba Yang Maha Esa
Mengadulah kepadaNya
Manusia
Entah kenapa asyik mengata
Bersengketa tanpa mengira masa
Yang kawan, sanggup mengkhianati
Adakalanya musuh adalah yang terbaik di sisi
Namun
Siapa yang menggelarnya musuh
Kalau diri sering ditanggapi kebenaran
Apalagi ujian ini..
Berapa kali rintihan..
Tangisan..
Kenapa tidak hanya kembali kepadaNya
Apa gunanya manusia di sekeliling
Jika tidak dapat mengubat hati yang terluka
Jawapan yang tidak memerlukan persoalan
Berpalinglah kepada Kekuasaan Hakiki..
Dia mengetahui segalanya
Rintihlah dan menangislah sepuasnya
Hanya kepadaNya..
-asmawardah-