CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

LINTASAN LAHZATAN

KepadaNya Aku Kembali


Zikrullah


Mari berzikir bersama-sama mengikut alunannya..

Semoga kalimah ALLAH bisa menggegarkan dan memusnahkan keegoan dan kekerasan hati ini.
BACAlah setiap kalimah demi kalimah agar mata turut menjadi saksi zikir ini.




الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله



Thursday, June 4, 2009

Hidup Untuk Mati?

Petang tadi bergegas ke Hospital Kajang untuk menziarahi sahabat kepada mak ana...Sudah agak lama tidak menjejakkan kaki di situ kerana acapkali menggunakan perkhidmatan Hospital Univ. Keb. Malaysia (HUKM) di Cheras. Debaran makin memuncak tatkala meniti setiap katil-katil yang terpaksa dilalui sebelum sampai ke tempat kerehatan yang dimaksudkan. Mana tidaknya, dengan wayar-wayar jernih berlilitan dan menjalar di sana sini ditambah lagi dengan tusukan bau ubatan...itulah sebabnya diberi jolokan 'bau hospital'.. Mata ini pun tidak lepas dari melihat pelbagai ragam dan keadaan pesakit. Amat hiba rasanya hati menatap wajah kelelahan menanggung sekelumit derita duniawi..

Bagaimana nanti andai ana di tempat mereka? Sempat terjahan fikiranku mematikan pandangan..'Aku tak boleh sakit'..meluncur laju dari mulut ana. Ana tahu, sakit itu disebaliknya adalah sebuah peringatan dan 'pemulihan'. Teringat juga ana, di atas tempat seumpama itu, nenda tercinta menghembuskan nafas terakhir. Ya...hospital salah satu destinasi yang mengingatkan ana akan sebuah kematian..yang tidak boleh disangkal. Ngeri memikirkan apatah lagi ana sering alpa dan leka..manusia yang masih gagal keluar dari dirinya..bak kalimah daripada Risalah Syeikh Arsalan, ...
"كلك شرك خفي, ولا يبين لك توحيدك الا اذا خرجت عنك"

Alhamdulillah, Allah S.W.T. telah memberikan kesihatan pada diri ini. Sudah bertahun-tahun lamanya tidak mengalami demam, sehinggakan terlupa bagaimanakah rasanya. Bukan dipinta, ..tapi, mungkin juga merinduinya.. Ada hikmah dan sudah ada ganti lainnya.

Terkadang bermain di fikiran ini, malah beberapa kali sehari...APAKAH TUJUAN HIDUP INI? SEMUANYA AKAN MATI. Lantas, sempat juga bermonolog sang musafir kelana..ADAKAH HIDUP INI UNTUK MATI? Salahkah berkata demikian..bukankah hidup itu adalah untuk menyediakan segala kelengkapan untuk sebuah kematian? Oleh itu, perkara-perkara yang perlu dilakukan, rasanya sudah maklum pada mereka yang berfikir..

Setiap apa yang dilakukan, tidak akan berpanjangan...tidak akan kekal lama...kerana mati juga pengakhirannya. Kecuali amal dan taqwa, sedeqah jariah dan doa anak yang soleh yang akan menemani kita di pengakhiran hari.

Setiap kali terdapat suatu kematian, pasti ada sahaja pihak-pihak yang menceritakan peribadi sang mati. Ada juga yang menangisi, menyesali seakan ia sebenarnya boleh mengubahnya daripada terjadi. Ana juga tidak terkecuali menziarahi keluarga si mati..hatta apabila nenda ana meninggal dunia, para sahabat handai dan saudara mara yang datang, lebih suka menunjukkan rasa simpati daripada menghadiahi si mati dengan doa-doa dan bacaan yasin / al-Quran. Bukan tidak menghargai kedatangan mereka apatah lagi dari seluruh pelusuk negeri. Cuma, kadang kala, hobi manusia yang suka sangat bersembang terbawa-bawa sampai ke liang lahad. Kalau boleh, dibukukan sahaja cerita-cerita itu menjadi beberapa jilid.

Ana juga tidak menyalahkan tangisan. Naluri manusia mudah tersentuh hati, adalah anugerah Allah yang amat indah nilainya. Imbas saja tokoh-tokoh musyrikin yang memeluk Islam yang dahulunya amat bengis dan digeruni lawan dan kawan. Terpulanglah kepada mereka untuk menangisi yang pergi..namun, APAKAH DENGAN TANGISAN DAPAT MEMBANTU SI MATI?...Bagi ana juga, mungkin ia juga salah satu bentuk simpati kepada keluarga si mati. Jika keluarga si mati itu sendiri, bagaimana pula? Apakah tangisan itu memberi kesan kepada yang pergi? atau ana boleh katakan, tangisan itu sebagai tanda gembira kerana Allah S.W.T. telah memanggilnya dahulu daripada kita..dan kita pula sedang menunggu giliran untuk kembali padaNya dan seakan tidak sabar untuk bertemuNya..Fikir2x kanlah wahai sahabat-sahabat yang ana sayangi..



p/s: Andai roh ana diseru kepadaNya terlebih dahulu daripada kalian, sedekahkanlah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran untuk ana. Jangan sesekali tangisi..kerana kita pasti berjumpa di sana...


1 comments:

Hilmi Haniz said...

btul tu Ustazah, hakikatnya kita tidak 'mati' krn roh tidak akan lenyap. hidup mati hanyalah jasad. seumpama kita berpindah rumah. dari rumah dunia kepada rumah akhirat....tapi nak pindah tu...bukan sebarang pindah.....

Cabaran Menaip