CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

LINTASAN LAHZATAN

KepadaNya Aku Kembali


Zikrullah


Mari berzikir bersama-sama mengikut alunannya..

Semoga kalimah ALLAH bisa menggegarkan dan memusnahkan keegoan dan kekerasan hati ini.
BACAlah setiap kalimah demi kalimah agar mata turut menjadi saksi zikir ini.




الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله



Saturday, June 27, 2009

Hakikat






Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke
sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk
berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil,
maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki
(washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak
itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan
kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali
saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau
dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya
lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.




...........Begitulah Hakikat Sebuah Kehidupan..........



Tuesday, June 16, 2009

Wanita dan Cinta Tak Terbalas



Pasti ramai yang mengingati Nurul yang merupakan Ketua Muslimat Indonesia Al-Azhar, anak Pak Kiyai Pesantren. Juga Noura yang sanggup menfitnah insan yang dikasihinya gara-gara CINTA TAK TERBALAS. Semuanya kerana
Fahri, pemuda yang sukar dicari pada hari ini.

Banyak lagi kisah-kisah seumpama ini berlaku dari zaman Habil dan Qabil sehinggalah hari ini. Sedih, takut, resah, gelisah, sempit dada, kecewa, putus asa, rendah diri..dan banyak lagi. Apakah perasan ini perlu selama-lamanya digenangi wanita-wanita seperti ini? Aahh....berapa kotak tisu perlu dihabiskan lagi semata-mata makhluk pinjaman sebagaimana engkau juga. Tidaklah ada mereka, jika tiada yang menciptakannya. Begitu juga engkau wahai hamba yang mudah tersentuh hatinya. Damaikanlah jiwa, tenteramkan batinmu, sentiasa berlapang dada dan jauhi daripada sebarang ketakutan yang tidak perlu.

Jika kesedihan anda semakin menjadi-jadi dan penderitaan semakin teruk, ucapkanlah "La Ilaha IllaAllah". Maka kesabaran itu adalah yang terbaik. Pedulikan sanggahan yang melemahkan iman anda, jauhi khayalan dan angan-angan yang tanpa makna. Ikhlaskan hati anda dan ingatlah firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Bangkitlah wahai muslimah sekalian..

Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan bagi memperkasakan ummah. Jangan hanyut melayan perasan, mengenang memori yang me'mandom'kan gerak kerja dakwah..Ayuh, tinggalkan kealpaan dan kelalaian di sana. Mari mara ke hadapan..ada tugas perlu digembleng bersama.


... Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang kekal... Apa yang ada hanyalah cobaan, ujian dan berbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali kepada Ilahi ...


Inikah ciri-ciri calon isteri yang dicari kalian?
(klik untuk besarkan gambar)


Monday, June 8, 2009

Sebuah Pencarian



Pagi itu terasa berat untuk membuka mata

Terasa seakan kulit-kulit mukaku menghimpit bulatan mataku..
Di kejauhan, ku mendengari azan subuh yang sedari tadi dialunkan
Namun, denyutan di kepalaku menenggelamkan suasana seketika
Aku kembali rebah di hamparan..

------------------------------------------------------------------------



Pencari yang Tercari-cari Sesuatu yang Dicari Sehingga Ia Tidak Mencari Lagi

(1) اخرج من نفسك


DUNIA, SYAITAN DAN NAFSU

Berkata Yahya bin Muaz al-Razi:

Musuh manusia itu ada tiga iaitu dunianya, syaitannya dan nafsunya.

Berlindunglah daripada dunia dengan berzuhud (menjauhkan diri daripada keduniaan), berlindunglah daripada syaitan dengan melawan kehendaknya dan berlindunglah daripada nafsu dengan meninggalkan syahwat.


Beliau juga berkata:

Perangi nafsu dengan empat pedang riadhah (latihan jiwa) iaitu makan sekadar untuk menguatkan badan, bicara seperlunya, mengurangi tidur dan menahan cercaan orang lain.

Menurutnya, dengan sedikit makan, syahwat untuk melakukan perbuatan hina dan mungkar akan luput, bercakap yang seperlunya akan menghindarkan segala bencana dan bersabar menahan cercaan orang akan memudahkan tercapai cita- cita.


Jaafar bin Humaid pula berkata;

"Para ulama telah bersepakat bahawa kenikmatan di akhirat tidak akan tercapai kecuali dengan meninggalkan kenikmatan di dunia."


Wuhaib Ibnul- Ward:

"Barang siapa lebih menyintai syahwat di dunia, maka hendaklah ia bersedia menuju kehinaan."


Sunday, June 7, 2009

Bicara Cinta Rabi`ah



Aku mencintai-Mu dengan dua cinta

Cinta kerana diriku dan cinta
kerana Diri-Mu

Cinta kerana diriku

adalah keadaanku sentiasa mengingati-Mu

Cinta kerana Diri-Mu

adalah keadaan-Mu menyingkapkan tabir


hingga Engkau kulihat

Baik untuk ini ataupun untuk itu pujian bukanlah bagiku

Bagi-Mu lah pujian untuk kesemuanya




~ Rabi`ah al-Adawiyah ~

Thursday, June 4, 2009

Hidup Untuk Mati?

Petang tadi bergegas ke Hospital Kajang untuk menziarahi sahabat kepada mak ana...Sudah agak lama tidak menjejakkan kaki di situ kerana acapkali menggunakan perkhidmatan Hospital Univ. Keb. Malaysia (HUKM) di Cheras. Debaran makin memuncak tatkala meniti setiap katil-katil yang terpaksa dilalui sebelum sampai ke tempat kerehatan yang dimaksudkan. Mana tidaknya, dengan wayar-wayar jernih berlilitan dan menjalar di sana sini ditambah lagi dengan tusukan bau ubatan...itulah sebabnya diberi jolokan 'bau hospital'.. Mata ini pun tidak lepas dari melihat pelbagai ragam dan keadaan pesakit. Amat hiba rasanya hati menatap wajah kelelahan menanggung sekelumit derita duniawi..

Bagaimana nanti andai ana di tempat mereka? Sempat terjahan fikiranku mematikan pandangan..'Aku tak boleh sakit'..meluncur laju dari mulut ana. Ana tahu, sakit itu disebaliknya adalah sebuah peringatan dan 'pemulihan'. Teringat juga ana, di atas tempat seumpama itu, nenda tercinta menghembuskan nafas terakhir. Ya...hospital salah satu destinasi yang mengingatkan ana akan sebuah kematian..yang tidak boleh disangkal. Ngeri memikirkan apatah lagi ana sering alpa dan leka..manusia yang masih gagal keluar dari dirinya..bak kalimah daripada Risalah Syeikh Arsalan, ...
"كلك شرك خفي, ولا يبين لك توحيدك الا اذا خرجت عنك"

Alhamdulillah, Allah S.W.T. telah memberikan kesihatan pada diri ini. Sudah bertahun-tahun lamanya tidak mengalami demam, sehinggakan terlupa bagaimanakah rasanya. Bukan dipinta, ..tapi, mungkin juga merinduinya.. Ada hikmah dan sudah ada ganti lainnya.

Terkadang bermain di fikiran ini, malah beberapa kali sehari...APAKAH TUJUAN HIDUP INI? SEMUANYA AKAN MATI. Lantas, sempat juga bermonolog sang musafir kelana..ADAKAH HIDUP INI UNTUK MATI? Salahkah berkata demikian..bukankah hidup itu adalah untuk menyediakan segala kelengkapan untuk sebuah kematian? Oleh itu, perkara-perkara yang perlu dilakukan, rasanya sudah maklum pada mereka yang berfikir..

Setiap apa yang dilakukan, tidak akan berpanjangan...tidak akan kekal lama...kerana mati juga pengakhirannya. Kecuali amal dan taqwa, sedeqah jariah dan doa anak yang soleh yang akan menemani kita di pengakhiran hari.

Setiap kali terdapat suatu kematian, pasti ada sahaja pihak-pihak yang menceritakan peribadi sang mati. Ada juga yang menangisi, menyesali seakan ia sebenarnya boleh mengubahnya daripada terjadi. Ana juga tidak terkecuali menziarahi keluarga si mati..hatta apabila nenda ana meninggal dunia, para sahabat handai dan saudara mara yang datang, lebih suka menunjukkan rasa simpati daripada menghadiahi si mati dengan doa-doa dan bacaan yasin / al-Quran. Bukan tidak menghargai kedatangan mereka apatah lagi dari seluruh pelusuk negeri. Cuma, kadang kala, hobi manusia yang suka sangat bersembang terbawa-bawa sampai ke liang lahad. Kalau boleh, dibukukan sahaja cerita-cerita itu menjadi beberapa jilid.

Ana juga tidak menyalahkan tangisan. Naluri manusia mudah tersentuh hati, adalah anugerah Allah yang amat indah nilainya. Imbas saja tokoh-tokoh musyrikin yang memeluk Islam yang dahulunya amat bengis dan digeruni lawan dan kawan. Terpulanglah kepada mereka untuk menangisi yang pergi..namun, APAKAH DENGAN TANGISAN DAPAT MEMBANTU SI MATI?...Bagi ana juga, mungkin ia juga salah satu bentuk simpati kepada keluarga si mati. Jika keluarga si mati itu sendiri, bagaimana pula? Apakah tangisan itu memberi kesan kepada yang pergi? atau ana boleh katakan, tangisan itu sebagai tanda gembira kerana Allah S.W.T. telah memanggilnya dahulu daripada kita..dan kita pula sedang menunggu giliran untuk kembali padaNya dan seakan tidak sabar untuk bertemuNya..Fikir2x kanlah wahai sahabat-sahabat yang ana sayangi..



p/s: Andai roh ana diseru kepadaNya terlebih dahulu daripada kalian, sedekahkanlah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran untuk ana. Jangan sesekali tangisi..kerana kita pasti berjumpa di sana...


Cabaran Menaip