CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

LINTASAN LAHZATAN

KepadaNya Aku Kembali


Zikrullah


Mari berzikir bersama-sama mengikut alunannya..

Semoga kalimah ALLAH bisa menggegarkan dan memusnahkan keegoan dan kekerasan hati ini.
BACAlah setiap kalimah demi kalimah agar mata turut menjadi saksi zikir ini.




الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله
يِِِِـــــ
الله

الله الله الله الله الله
يـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله

الله ... الله ... الله
يِِِِـــــ
الله



Wednesday, April 30, 2008

Mengalir Air Mataku



بكت عيني
بكت عيني بكت عينــــي على ذنبي
بكت عينـــــي على ذنبي على ذنبــــــي بكت عيني على ذنبـــــي

بكت عيني على ذنبـــــي وما لاقيت من كربـــــي

فيا ذلي فيا ذلــــــــــــي فيا ذلي ويا خجلـــــــــي

فيا ذلي ويا خجلـــــــــي إذا ما قال لي ربــــــــــي

أما استحييت تعصينــــي ولا تخشى من العتـــــب

وتخفي الذنب عن خلقي وتأبى في الهوى قربـــــــي

فتب مما جنيت عســـــى تعــــود إلى رضــــى الرب


كلمات: أبو العتاهيه



Tuesday, April 15, 2008

Pertemuan Di Sungai Tua

Penulis terjumpa gambar-gambar ini sewaktu ingin membuat penyusunan file di desktop. Gambar-gambar ini adalah diambil sempena Kem Remaja Islam Selangor II (atau singkatannya KRIS II 2007) yang diadakan di Masjid Jamiatus Solahiah, Kg. Sg. Tua Baharu, Gombak dan juga di Wood Resort, Ulu Yam. Kem ini dibuat pada cuti sekolah penggal pertama iaitu 11-16Mac 2007 selama 6 hari. Majlis Reunion pun dah dibuat..di Kem Isi Rimba Ampang, Kg. Kemensah pada 9-10 Jun 2007. Dan sajak di bawah dibuat sebelum majlis reunion..terharu juga kerana pada masa itu, ada gak yang mendengarnya terutama dikalangan adik-adik peserta. Tu yang depa tak sabaq nak jumpa lagi masa reunion.. :)


KHAS BUAT SELURUH KOMITI “KEM REMAJA ISLAM SELANGOR II 2007” (KRIS II), UST. REDHA, UST. FARHAN, UST. AMIN IDRIS, KAK SUE, KAK HANINAH, BARISAN FASI, MASTURA, KAK FADZILAH, SABRINA, HARYATI, FERDAUS DQ, ADIK-ADIK UTP, BRO. ISHAK, HAIDZIR DAN FADZLI SERTA ADIK-ADIK PESERTA KRIS II 2007.

Pabila kaki menginjaki bumi wakafan ini

Terasa sayup di hati
Mengimbaui peristiwa semalam
Kali pertama bertemu di sini
Keriuhan antara kami
Masih lagi kedengaran
Sahut bersahutan
Gelak tawa riang
Mahupun sedu tangisan

Ku amati antara kalian
Ragu-ragu memilih jalan di depan
Rasa gundah gelana tak keruan
Apakah yang akan terjadi
Jika dibiarkan bersendirian

Apatah lagi sebagai penyambung
Generasi Islam
Yang menerajui dunia
Perlu ada kekuatan
Keimanan dan ketaqwaan
Mengawal emosi dan fikiran

Pelbagai harapan dan impian
Disandarkan pada umat akhir ini
Agar ia sedar
Realiti perjalanan hidup ini
Bukan untuk berleka
Atau bergurau senda
Bahkan seluruh jiwa raganya

Perlu dipasakkan pada yang Maha Esa
Sebagai cinta pada agama
Diri serta keluarga

Untaian hikmah dari alim ulama’
Bukan cebisan sandiwara
Bahkan kata-kata keramat
Untuk membina jati diri
Umat Islam yang bermaruah
Memimpin negara
Memartabat ummah
Sebagaimana 4 khalifah
Yang gah menyelusuri sirah
Dan panglima yang gagah

Mempertahankan dinniah
Salahuddin al-Ayyubi
Muhammad al-Fateh
Membuka lembaran sejarah
Kekuatan umat Islam
Yang tidak boleh digugah

Tidak lupa pada pemikir ulung Islami
Membakar diri

Menerokai rantaian ilmu
Ibn Sina, Khawarizmi, Ibn Haitham
Al-Biruni, al-Razi
Dan banyak lagi
Ulama’ fuqaha’… 4 mazhab yang disegani

Itulah contoh yang diberi
Agar kita teladani

Masih segar diingatanku
Tatkala yang lain enak dibuai mimpi
Kita berdiri…menuruni…meredahi
Hutan belantara
Di waktu mata mencari punca cahaya
Segala lurah dituruni
Bukit bukau didaki
Derauan sungai diamati
Dengutan unggas menceritakan suasana
Susunan zikir sebagai bicara
Kali ini jalinan ukhwah

Yang dimeterai terlaksana
Semua duri diperhati
Agar tidak melukai
Sahabat yang meniti

Walau penat lelah menyelubungi
Senyuman di bibir pemanis diri
Kerana menanti malam hari
Sebelum semua berangkat pergi
Aspirasi bakat diasahi
Gelagat kalian menceriakan
Pentas kebolehan
Yang pasti gelak tawa
Mengiringi setiap persembahan

Pun begitu
Ku tersenyum sendiri
Tatkala mengejutkan kalian
Dari alam mimpi
Sebagai mimpi terakhir di sini
Qiamulail persiapan diri
Untuk bekalan sepanjang hari

Pagi itu terasa sukar dicapai lagi
Saat mendukakan…itulah janji
Sebuah pertemuan
Akhirnya perpisahan

Yang pasti
Ia
melakar coretan di hati
Berbekas sehingga kini
6 hari kita harungi
Terasa lebih bererti
Andai kita dapat bersua lagi…





p/s: Puisi ini telah dibacakan di radio ikim.fm pada April/Mei 2007 ...dapatlah langganan percuma Majalah ANIS selama 6 bulan..hehe..

Monday, April 14, 2008

PERGINYA WKS 364


Masuk bulan April ini adalah bulan ke-2 pemergian kancilku dari sisi penulis selepas bersama sejak 2003 lagi..mungkin pemergiannya ini buat selama-lamanya. Banyak keperluan dapat dilangsaikan dengan pertaruhan kancil kali ini. Biarlah untuk kebaikan ummah dan masa depannya. Terima kasih di atas khidmat yang diberikan selama ini. Penulis berbangga kerana tidak pernah mensia-siakannya. Tempat munaqasyah ilmuan, usrah, liqa (masa kat Nilam Puri je..smpai KL tukar jadi meeting..hehe), kem tarbawi, kuliah dan seumpamanya menjadi destinasi tetap sang kancil ini. Mungkin simbol oren dikejauhan, pasti dapat diteka kelibat orangnya oleh sahabat dan sahabiah yang pernah bersama…Nice selamanya di hati.. :) Walaupun begitu, banyak lagi tempat sepatutnya di bawa bersama, namun, kebenaran keluarga perlu diakur juga. Paling jauh dan terakhir yang sempat digunakan adalah ke Melaka apabila bertandang ke kenduri Puan Nurhafiza Hamzah kita.

Sesungguhnya jasa dikau amat penulis hargai. Sesekali, teringat kisah-kisah yang mencabar tatkala insan-insan cuai yang pernah menconteng, menghimpit dan mencakar dirimu. Betul kata orang…Malang Tidak Berbau. Kalau dah bau, mesti boleh dan dapat dielakkan. Bas, wira, mercedez dan yang terakhir..penulis tidak tahu angkara siapa. Ketiga-tiga pemilik kenderaan pun sudah dimaafi..heheh, namun yang keempat,..hmm..siapa yang kerjakan jantung pisang ini? Hmm...ana pun tak tahu. Teringat lagi, pada masa itu, senja..dari jauh kelihatan kereta penulis seakan merengek..heheh..rupanya, ada kemik-kemik kat bahagian kiri kereta. Apa kejadahnya, sudah langgar, lari begitu sahaja..

Maka, kembalilah penulis kepada hidup kembara yang asal. Biasalah..adat resam manusia. Kerana segalanya bermula dengan tiada, itulah sandaran terhadap perhiasan dunia...Menggunakan kudrat yang Allah S.W.T. bekalkan..kakiku masih boleh bertahan. Alhamdulillah, terasa kemanisan berjalan di bumi Allah kerana setiap langkah ku ini dimohon agar sentiasa diberkati.. Setiap langkah dipasakkan pada tujuan yang satu. Semua dianggap cabaran yang perlu dihadapi dengan tenang, sabar dan gagah. Pengalaman kembara bi al-rijli memberi pelbagai ruang untuk berfikir panjang dan mengenal masyarakat kota, gelagat dan karenahnya..dan menambahkan kenalan. Tidak kira yang India mahupun berbangsa Cina.

Harta ada pasang surutnya..Ia termaktub dalam lembaran rezeki yang Allah sahaja yang tahu. Bukan ingin menangisi, bahkan terasa sedar dari lena yang panjang...kembali kepada kekhudu’an yang selama ini kejauhan..Bila diri tidak dibelenggu dengan cinta pada harta, terasa bersyukur yang amat terhadap apa yang ada. Kekadang, kita lupa apa yang ada disekeliling kita. Itulah dia tamak haloba apabila semua ingin disapunya, tiada qana’ah, sikap sederhana dengan apa yang ada. Biarlah kereta itu tiada, kerana banyak lagi harta yang bernilai di sisi dan di hati..Iman kepada-Nya yang utama.



p/s: heheh...tak sempat nak amik gambar ngan kancil..

Saturday, April 12, 2008

Menerjah Bicara





Assalamualaikum dan Salam Perkenalan...


Alhamdulillah, niat dihati untuk beralih ke dunia blog sudah lama...walaupun dahulu berbekal pada multiply.com, just nak try blog yg famous dikalangan aktivis-aktivis mahasiswa dan masyarakat ini.. Bukannya ingin menempel secara rambang, tetapi begitu TERUJA melihat (sebenarnya memerhati dan menekuni) beberapa blogger yang mampu membawa, mengenengahkan serta memperjelaskan isu-isu dunia (dan hal-hal akhirat tidak dilupa). Sehingga ia mampu mempengaruhi minda pembaca, dan terpulang kepada penelaah sama ada menerima ataupun sebaliknya.


Apa-apa pun, usaha tak seberapa penulis ini adalah langkah awal, belum boleh dianggap bertatih lagi, apatah lagi berjalan...Cuma sebagai gerakan awal si manja. Diharapkan, penulis dapat meluangkan masa untuk menulis, walaupun menulis bukanlah perkara yang dibenci kerana setiap degusan dan panahan banyak bermain di akal fikiran..Pena bukan berdiam, cuma terlalu lama diasah dan kekadang sengaja dilabuhkannya di atas sang kertas yang kebasahan. Apabila sudah lama tidak digunakan, ia seakan tumpul dan sebelum ia patah, inilah inisiatif yang dapat ditaburkan sebelum ia berkubur begitu sahaja.


Kepada rakan-rakan yang mengenali, doronglah dan nasihatilah diri penulis. Kerana, selama ini, ku dambakan amat nasihat dan teguran...Mengapa diriku tidak ditegur...Apakah diri penulis ini terlalu naif sehingga tidak mampu sahabat dan sahabiah menjentik diri ini.


Semoga, ukhuwwah dilebarkan..dan pengertiannya hendaklah dihakikikan..Walau bahasa penulis agak klasik, namun terjahannya mampu menggamit lirikan sebuah senyuman.. :)

Cabaran Menaip